Saturday, July 21, 2012

Ramadhan :)

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan berkira-kira(untuk memperhebatkan lagi amalannya), maka akan diampunkannya untuknya dosa-dosa yang telah berlalu.” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.




Selamat berpuasa , selamat bersahur , selamat berbuka , selamat berterawih , selamat hari raya (eh! terlebih sudah).

Ramadhan kali ini, biarlah lebih baik dari ramadhan yang lepas. Pertingkatkanlah ibadah kita kepada Allah. Hayati hikmah di sebalik berpuasa ini. Sesungguhnya kita berpuasa kerana Allah, bukan kerana duit raya atau mak ayah yang suruh. 

Perbetulkan niat, pertingkatkan iman, InsyaAllah syurga tempatnya.



Saturday, April 21, 2012

K-POP ? ? ? ?

kenapa kene letak tanda soal banyak-banyak ? sebab saya tak kemaruk sangat dengan k-pop .

Firstly, kenapa kita kene hafal lagu dia, sedangkan al-Quran pun belum tentu kita hafaz?
Secondly, kenapa kita kene ingat artis Korea, sedangkan Sirah pun kita belum hafal?
Thirdly, kenapa kita kene pandai bahasa Korea , kalau  kita still fail bahasa Arab?

saya hanya menulis dari pendapat kakak saya , tapi saya memang sokong . Although saya layan juga Korea ni tapi tak lah sampai nak tau semua lagu k-pop , nak tau semua artis Korea , ohhhh please !!!!

saya bukan nya nak mempertikai kan k-pop , tapi biarlah berpada-pada . Ustaz Azhar ada cakap yang kita boleh dengar lagu tapi janganlah sampai terikut-ikut, and jangan sampai kita jadi alpa, lalai dan lupa pada larangan Allah.

p/s: saya tak tau nak tulis pasal apa . ni je yang terlintas .

Monday, April 16, 2012

Mac-April 2012

saya da janji nak cerita pasal my family kan? Tapi hari ni saya tak ada mood nak tulis pasal tu.

saya nak cerita pasal pertandingan yang saya masuk tahun ni.

  • Sainti Muda Peringkat Daerah Pontian - JOHAN-
  • Kawad Kaki Peringkat Daerah Pontian - 19.4.2012-
Dua je ? Sebab tahun ni saya nak fokus pada Penilaian Menengah Rendah 2012!
gerun okay bila orang tanye "Tahun ni PMR ke?", nak pengsan bila dengar

okay, balik kepada cerita tadi, JOHAN? saya pun tak percaya, kitaorang masa tu dah down and cakap dalam hati yang kiteorang tak ada harapan nak menang, tiba-tiba cikgu senyum dekat kiteorang cakap yang kitaorang dapat JOHAN. (kene wakil Pontian tu yg lemah sikit).
saya dua dari kiri =D 
tau kelakar haha .


kawad kaki pulak, saya mula-mula tak nak masuk, sebab mak saya letak banyak syarat kalau saya nak masuk, so rasa malas la kan. Tapi disebabkan dorang still tak cukup orang, saya pun terpaksalah masuk(still bersyarat) . saya datang latihan kawad ni baru 4 hari, bagus tak? saya busy sangat. khamis lepas, 2.30 saya kene balik and terus gerak pergi Melaka(rumah baru abang). balik pontian semula pukul 11 and sampai rumah pukul 2.30 PAGI. 5.30 bangun, pergi sekolah(jumaat). balik sekolah je, kemas barang, tunggu abang balik solat jumaat, then gerak semula pergi Melaka. Ahad petang baru sampai Pontian semula. penat sangat okay. walaupun ada yang cakap saya ni ngada-ngada tak nak datang latihan, saya diam je, lagi pun dah niat dalam hati, kalau dorang cakap macam tu lagi, saya TARIK DIRI.

p/s: saya tak suka bila dia yang pujuk saya masuk kawad, tapi dia juga lah yang kutuk saya sebab asyik ponteng kawad.

Wednesday, February 8, 2012

About tuan empunya blog

Firstly, kalau korang nak tau semua perkara pasal saya, silalah add saya di facebook. Fatin Humairah As'ari. Kalau nak tau lebih lanjut, silalah minta kebenaran daripada Encik As'ari Tibek dan Puan Hajah Faredah Mashhor, so should I start now?

Tanpa korang perasan, korang dah tau nama panjang saya dan nama mak ayah saya.(okay, saya sambung semula)
Saya dilahirkan pada 1 Oktober 1997 di Bandar Baru Uda, Tampoi, Johor. (lahir kat klinik je). Saya dibesarkan di Johor Bharu dan disekolahkan di SK Nong Chik. Semasa saya berumur 10 tahun, saya dipindahkan ke SK Tengku Mahmood Iskandar 1, Pontian (pindah sebab ikut family).

Kemudian saya mendapat tawaran ke SMK Dato' Penggawa Barat, tapi saya tolak dan memilih SMK Sri Perhentian. Sekarang saya di kelas 3 Elite. Bila saya sempat saya cerita pasal kelas yang riuh rendah ni.

Saya ada 9 orang adik-beradik, saya anak ke lapan dan perempuan yang paling bongsu. Pasal my family, next entry.

p/s: Entry ni just untuk tuan empunya blog, sekian, terima kasih.

Tuesday, February 7, 2012

Pipi Kemerah-merahan?

Kenapa nama blog ni pipi kemerah-merahan?
Tuan empunya blog ni pipi dia selalu merah ke?

Tuan empunya blog ni muke dah hitam so tak tau merah ke tak. hehe.
Sebenarnya, nama tuan empunya blog punye maksud.

Fatin Humairah = Mempesona pipi kemerah-merahan.

first time bagi tau maksud nama saya.
siapa yang terbaca blog ni, silalah follow ye.

*kalau ada masa saya bagi biodata penuh saya.